Followers

Monday, November 26, 2012

5 SPORT SCIENCE 2009 IN MEMORY

Assalamualikum,saja nak share sikit pic masa skolah. Utk Tahun Akhir 5 Sains Sukan.

Ini Guru Kelas kami, tahun 2008 2009. Master of Sport Science.

Teruna-teruna Sains Sukan.

The Dara's

Our Outdoor Activity at Chamang Damp.
3 May 2009.





Muka kegembiraan dah terima result..

Tak lupa jugak guru yang kongker 1 sekolah,haha :p

Miss you all guys,harap semua sihat2 belaka. Maaf gambar tetap gambar yang sama. Kalau ada gambar yang terbaru tu boleh tag2 kat aku ye :)

DUNIA KECIL KU..

Assalamualaikum everyone,Hye monday we meet again!
Okay post hari ni just utk hilangkan bosan,aku akan share serba sedikit pic and cerita masa aku kecil,Enjoyy!

        Okay,masa aku umur 5 tahun tak silap aku suka pergi Taman Tasik Titiwangsa Bukan sebab nak tengok suasana kat situ,tapi masa tu aku terlampau obses sangat dgn batu bulat yang ada dekat tepi jalan tu,tapi sekarang dah tak ada. Aku tertarik dgn batu tu sbb dia bulat,besar mcm telur. Memang setiap kali pergi sana,aku akan bertenggek,menonggeng,peluk2 batu tu. Sampai satu masa aku berdiri kat atas batu tu buat gaya mcm Cerita Titanic tu,ada pakcik tu tersiku pinggang aku,apa lagi jatuh berderap kat tanah,masa tu jalan tar banyak tak turap lagi,haha apa lagi memang patah kaki aku belah kiri. Menangis dekat 30 minit sbb mama dgn papa aku pergi jalan2 kat dalam. Sorang pakcik ni nak bawak aku pergi Hospital tapi aku tak nak,nak tunggu mama papa. Masa tu kaki aku dah biru sbb bengkak tempat kesan patah tu,sakit nya mcm mana pun aku lupa rasa dia mcm mana,hehe. Well,lepas kejadian tu aku memang dah tak pergi sana dah,sampai lah aku perasan yang batu tu dah tak ada,haha....

Masa Ni la last pic Kat Taman Tasik Titiwangsa,dalam sejam sebelum patah kaki. Masih Galak Berlari :)

          Okay,ada lagi satu cerita aku nak share. Aku sebenarnya lahir kat Jakarta,Indonesia ayah aku pulak orang pahang. So aku tak tau sebenarnya aku asal mana,haha. Aku menetap kat Jakarta sampai umur aku 3 tahun,Kalau kat sana zaman dulu2 orang kurang mampu sikit nak ada kamera,so kat area rumah aku tu ada la sorang Om (Pakcik) ni tukang tangkap gambar,lebih kurang Camera man la. dia akan pergi rumah ke rumah tanya nak buat gambar ke  tak. Arwah mama aku suka sangat tangkap gambar aku masa kecik2,aku pulak kaya dgn pose2 comel aku (comel ke?). so masa tu kitorang memang tak ada camera lagi,Mama aku pun dah jadi pelanggan tetap pak cik tu. Tapi masalah nya,aku tak suka pakcik tu,bukan sbb apa sbb muka dia nampak garang,misai dgn janggut lebat rambut pun boleh tahan panjang :) so bila dia dekat dgn aku nak ambil gambar aku akan lari 1 rumah sambil melalak.Nak tak nak bila dah kena cubitan mama aku,terpaksa senyum dalam tangisan. hehe pape pun gambar tu aku jugak buat kenangan :)

 Salah satu Pic yang pakcik tu tangkap,masa ni menangis sbb takut. terpaksa hilangkan ketakutan sbb dah kena cubit,hihi..

Yang ni bila pose dgn Arwah mama rasa tenang sikit,dah kena dukung :)

         Last story aku nak cerita zaman kecil aku dgn beloved cousin aku. Okay,sepupu aku ni nama dia Siti Puteri Akalili,cantik kan nama dia? orang dia pun boleh tahan manis,cantik,Pandai tak payah cakap. Masa kitorang kecik aku dgn Arwah mama aku selalu pergi rumah dia main,lepak2. Kadang2 sehari suntuk duduk rumah dia,cuma masa kecil rapat mcm mana pun aku tak pernah tidur rumah dia. masa banyak habis kat rumah dia sbb main2 aje lah. Singkat kan cerita aku panggil nama timang sepupu aku ni lili,dia pulak panggil aku nana. Kalau aku pergi rumah dia Biasanya kitaorang akan main Barbie,kat rumah dia Mainan Barbie Berlambak lambak,memang dulu ada sedikit iri la dgn sepupu aku ni,apa dia nak semua dapat. Bila kitorang bosan sangat kitorang akan tengok VCD sampai tertidur depan TV,mak mak kitorang sibuk borak apa tah kat bawah,yang kitaorang dah sedap tidur kat atas.. Time kitaorang gaduh,memang gaduh teruk,bila baik semua bersayang sayang. Pernah satu masa tu aku berebut kerusi kayu yang boleh lipat tu dgn dia,sampai tarik2 rambut,lepas tu apa tah yang aku carut. Yang aku ingat ayat aku masa gadoh dgn dia aku cakap "Dah la rambut Bau Telur,Busuk!" haha,kesian dia. Apa nak buat,budak lagi time tu..Well,lepas aku masuk sekolah menengah,aku terpaksa pindah kat bentong sekolah sana duduk asrama,start daripada tu aku jarang sangat jumpa dia,perna lost contact dgn dia kejap. Tahun lepas aku ada jumpa dia kejap,wahh dia lagi tinggi dari aku,Btw I MISS YOU LILI! NANA RINDU MASA ZAMAN KITA KECIL2.

 Opss,sensor sikit :)


 Masa ni birthday dia yang ke 6,maku pulak darjah 1. kitorang umur beza setahun.

 Sekarang,Siti Puteri Akalili Permata Azmi my cousin..

It's me :)

Serba sedikit cerita aku boleh share,umur panjang aku akan post lagi :) Next,aku share pic2 aku masa kecil...



Masa standard 6,2004

Sunday, November 18, 2012

McD di Boikot???

Ramai juga yang masih bertanya kenapa Boikot McD, bagaimana dgn nasib pekerja McD?

Saya cuba rumuskan jawapan yang boleh membantu.

Ini senario yang paling mungkin.

McD tidak akan terjejas dengan kempen boikot. Yang menurun mungkin market share sahaja. Makna kata jika market share McD dalam perniagaan makanan segera ialah 70% mungkin berkurangan beberapa % sahaja. (katakan tinggal 60%). McD akan terus beroperasi spt biasa kerana dia tak menanggung kerugian - cuma keuntungan terjejas sedikit (Kemungkinan pelbagai tawaran harga yang menarik dan strategi pengiklanan yang makin agresif adalah isyarat bahawa 'kempen boikot' semakin menggigit).


Jadi pekerja McD boleh terus bekerja dan tidak akan hilang pekerjaan. Cuma masalah mungkin timbul bagi pekerja McD yang terkesan dengan maklumat hubungan di antara McD dan Israel (McD tidak pernah menafikan hubungan ini meskipun kempen seruan boikot ini dilancarkan dari UK - diterajui oleh Inminds, UK. Mereka mungkin akan berhadapan dengan rasa bersalah - rasa bersalah ini didorong oleh iman atau rasa kemanusiaan. Ini soal hati, dan jika seseorang itu melakukan sesuatu yang berlawanan dengan 'conscience' (rasa hatinya) maka dia akan mengalami konflik jiwa - rasa serba salah. Untuk golongan pekerja McD dalam kategori ini jangan bimbang ada jalan keluar.

1. Dr Yusuf Qardhawi, ulama tersohor dan paling prihatin dalam isu Palestin memberi panduan umum.

- Jangan berhenti kerana seseorang itu akan kehilangan punca pendapatan, apatah lagi jika dia ada tanggungan. Jika dia berhenti dalam keadaan tidak ada mata pencarian yang lain - dia telah melakukan kezaliman ke atas dirinya dan keluarganya. Fitnah berhenti bekerja di McD lebih besar kerana kehilangan mata pencarian.
- bagaimana utk mengelakkan ini? ikhtiarlah untuk mencari kerja lain yang menawarkan gaji yang setimpal atau lebih baik. Hanya setelah memperoleh peluang kerja dengan tawaran gaji yang serupa atau lebih baik barulah berhenti bekerja di McD.


- Bagaimanakah jika tidak dapat juga pekerjaan lain. Jawapannya teruskanlah bekerja di McD. Tetapi Allah itukan maha pemberi rezeki ar-Razzaq. Mohonlah kepada Allah Rabbul Jalil, DIA tahu isi hati kita dan DIA akan memberi jalan keluar kepada hamba-hambaNYA yang bertakwa dengan punca-punca rezeki yang tidak disangka-sangka oleh hambaNYA (Bukankah kita yakin dengan 'ayat Seribu Dinar tu? Janganlah dijadikan hiasan sahaja tetapi tidak ada kesungguhan untuk menghayatinya).


Ramai juga yang bertanya untuk membela pekerja McD (yg jumlahnya 10,000 orang menurut satu sumber). Pekerja McD tidak perlu pembelaan sebenarnya - rezeki mereka terjamin dengan jalan-jalan keluar yang digariskan di atas.


Lebih baiklah mereka mengenangkan nasib 1.7 penduduk Gaza, 3.5 juta penduduk Palestin di tebing Barat, 500,000 rakyat Palestin yang terkepung di Baitul Maqdis dan 5 juta rakyat Palestin di khemah-khemah pelarian di Lubnan, Syria, Jordan dan lain-lain tempat.


Di sini kita merisaukan sahabat-sahabat kita yang kehilangan mata pencarian di bumi bertuah Malaysia ini? Bagaimana dengan saudara-saudara kita di sana yang mungkin kehilangan nyawa, ibu-bapa dan anak-anak akibat dibunuh tanpa peri kemanusiaan. Dan jika dibiarkan hidup dinafikan pula hak yang paling asasi, makanan, minuman, ubat-ubatan, bahan api dan rumah untuk berteduh.


Semoga kita tidak berbalah lagi dalam isu ini. Kami mendoakan semua pekerja McD agar tenang dengan pilihan-pilihan yang ada. Ingatlah Allah tidak akan menganiaya anda disebabkan oleh kedudukan anda, Allah akan bantu anda jika anda bantu agama Allah.


TERIMBAS KEMBALI..

Assalamualaikum....

Hye everyone Hye Monday,hmm hari ni cuaca redup je tak panas tak mendung. BTW hujan jugak pagi tadi.

Pertama skali bangun pagi tadi awal sangat,sbb tak nak terlepas burger free kat McD,sape tak nak burger free kan? ahah,tapi bila aku pergi tak ada pulak sbb katanya utk 1000 orang pertama,kesian pakcik tu bawak anak sampai 5 6 orang sbb nak dapatkan burger free punya pasal,sampai gaduh2 kat situ. mana taknya,oder punya oder last kena bayar,pakcik tu pun satu tak tanya dulu pulak..orang ckp,APTB haha..


Bukan tu aje aku nak cerita sbenarnya,tapi Hari ni hari terpenting jugak buat UPSR candidates,yeyy tu dia result dah keluar!! Pasal ni lah aku nak cerita share sikit.......


Pagi tadi ikut ayah aku ambil result UPSR adik aku,mula2 tu tak rasa apa pun,tapi bila diaorang dah start beratur duduk bersila kat dewan tu mula teringat masa aku nak ambil result dulu. Tapi yang bezanya masa zaman aku dulu sbelum cuti skolah dah dapat result. Masa diumumkan yang dapat 5A,aku sempatlah skodeng2 muka parents yang menangis terkejut ada menangis sambil terlompat lompat pun ada. Teserlah kebanggaan kat wajah diaorang. Masa tu tak tau la kenapa mata aku mcm nak nangis je,terkenang kembali kut zaman muda2 dulu,haha.. Kalau la masa boleh undur balik,akan ku buat sehabis baik,cewahhhh.. Well,tahniah jugak untuk adik aku Muhammad Firdaus Bin Mohd Yusof sbb lulus ujian.

Friday, November 16, 2012

HARIMAU JADIAN



Korang pernah tahu pasal HARIMAU JADIAN tak ? Ni saya nak kongsikan sebersedikit pasal kajian HARIMAU JADIAN . Harap korang faham la ye . 

HARIMAU JADIAN :
Harimau jadian atau juga dikenali sebagai harimau akuan dalam budaya Melayu dan orang asli, antaranya orang Semai, merujuk kepada sejenis ilmu yang membolehkan penuntutnya bertukar menjadi harimau apabila dikehendaki. Ia dikatakan dibantu oleh golongan jin atau syaitan, yang dipelihara bagi tujuan membantu tuannya mempertahankan diri dan juga bagi memudaratkan musuh.

Harimau jadian biasanya perlu dibuang sebelum meninggal, dan sekiranya tidak dibuangkan, penuntut ilmu itu akan sukar meninggal dunia.

MATLAMAT :-
Harimau jadian biasanya dituntut bagi tujuan mempertahankan diri. Harimau jadian juga boleh disalah gunakan bagi membinasa musuh atau orang yang dibenci pemiliknya. Bagi penuntut ilmu ini, merekaperlu membuang ilmu mereka atau mewariskannya kepada keturunan mereka sebelum mati. Sekiranya mereka mewariskan kepada keturunan mereka ia tergolong kedalam saka. Di Indonesia masih ada penganut Ilmu harimau yang dapat membenarkan dirinya berubah jadi harimau dan pemilik nya juga rata-rata mempunyai pendamping harimau.

Kelebihan:

1)Harimau jadian biasanya membenarkan penuntutnya bertukar menjadi harimau dengan memiliki kekuatan luar biasa.
2)Ia boleh menjelma sebagai separuh harimau atau harimau sebenar.
3)Ia mampu (tidak semestinya) membinasa musuh atau orang yang dibenci pemiliknya.
4)Memiliki tindak balas yang sangat tinggi
5)Memiliki silat Harimau yang tak perlu dipelajari, dengan sendirinya keluar jika diperlukan.

Kelemahan:

1)Pengamal ilmu sihir hitam atau ilmu sesat ini adalah satu perbuatan syirik dalam Agama Islam.
2)Penuntutnya sukar untuk mati sekiranya ilmu itu tidak dibuang sebelum meninggal.

Penelitian secara ilmiah:-

Kemungkinannya ia digunakan bagi menakut-nakutkan orang lain daripada menganggu tanaman atau keselamatan orang yang mendakwa memiliki ilmu sedemikian. Selain itu perlu diingat bahawa sekitar 1930-an harimau masih banyak terdapat di Malaysia dan masih ada harimau yang berkeliaran dalam kampung pada waktu malam semasa itu, terutamanya di Terengganu, dan Kedah. Keadaan sedemikian mungkin mendorong timbulnya tuduhan harimau itu dipelihara seseorang dalam kampung tersebut.

Amalan:-

Ianya , diamalkan oleh orang tua dulu,kebiasaan bomoh atau guru silat dengan memuja semangat harimau dan menbaca jampi serampah.ia diwaris kan secara turun temurun (mejadi saka)bila pegamalnya uzur tau sakit tenat,kesannya amat buruk jika penirimanya tidak memahami secara jelas cara puja (mejamu)biasa semagat itu dipanggil hala (harimau jadian)dinegeri seperti kelantan.diantara persediaan puja (mejamu) pulut kuning,ayam panggang,telur dadar,telur 3 biji,lempeng seiji,sirih pinang sepiak,darah ayam (yang di panggang tadi),bertih (padi di goreng),dan beberapa pekara lagi. antara bacaan jampi atau mentera ialah=(bahasa kelantan)hei jin 4,jin asal,jin sama-sama jadi dengan dewa,hei dewa sang kaki 4 nenek putrakala raja dirimba,mu turun mari megadap sekelian raja jin,aku nk minta mu lah.........(dan beberapa patah perkataan lagi yang tak boleh ditulis)

Tuesday, November 6, 2012

Ballet

Bellerina's






Ok,I would like to share something about Ballet.....


Definition: Ballet dance is a very formal and strict type of performance dance. Ballet dance originated in 16th and 17th century French courts, and was further developed in England, Italy, and Russia as a concert dance form. Early ballet dance performances were presented in large chambers with most of the audience seated on tiers on three sides of the dance floor.
Early ballet dancers were not as highly skilled as they are now, as ballet dance has become a highly technical form of dance with its very own French vocabulary. Ballet dance is typically performed to classical music. It is taught in ballet dance schools and studios around the world, with students ranging in age from toddlers to adults. In order to become proficient at ballet dance, one must be extremely dedicated to the art and diligent in regard to practice and rehearsal time.

The first Ballet Dance: The first ballets were performed about 500 years ago in Italy and France. They were usually exciting shows of dancing and singing performed for the royal families and their guests.
The first real ballet on record was staged in the year 1581. The grand performance was called Le Ballet Comique de la Reine, meaning "The Comic Ballet of the Queen." Catherine de Medici, the French queen, arranged the ballet performance to celebrate a wedding. The ballet started at 10pm and lasted for 5 hours. About 10,000 guests were in attendance.